top of page

Kes Covid-19 babitkan kanak-kanak di Sabah masih tinggi

  • Wartawan Nabalu News
  • Feb 19, 2022
  • 1 min read


19 Feb 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Jumlah kanak-kanak bawah 11 tahun yang dijangkiti Covid-19 di Sabah kekal tinggi iaitu 673 orang.


Daripada jumlah itu 283 kes adalah kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah yang belum layak diberi vaksin.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, seramai 390 orang lagi berumur antara 5 - 11 tahun yang belum menerima vaksin walaupun sudah layak memperolehinya.


“Kedua kumpulan ini merupakan 12.56 peratus daripada jumlah keseluruhan kes Covid-19 di Sabah hari ini.


“Amatlah disarankan agar ibubapa membawa anak-anak mereka yang sudah layak divaksin untuk memperolehinya bagi mengurangkan risiko jangkitan atau kesan jangkitan yang lebih serius,” katanya dalam kenyataan media hari ini.


Masidi berkata, daripada 5,359 jangkitan baharu hari ini, 5,341 pesakit atau 99.66 peratus adalah dalam Kategori 1 dan 2, sembilan orang dalam Kategori 3, empat orang dalam Kategori 4 dan lima orang dalam Kategori 5.


“Seluruh daerah di Sabah mencatatkan perubahan angka kes positif Covid-19 yang tidak statik dengan jumlah catatan sebanyak 1,782 kes daripada Saringan Kontak Rapat, dapat disimpulkan masih terdapat kebarangkalian tinggi berlakunya aktiviti ketidakpatuhan SOP yang telah digariskan," katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page