KES ZARA: Pendakwaan Lima Remaja Akan Diteruskan
- nabalunews
- Aug 19
- 1 min read

19 Ogos 2025
KOTA KINABALU: Jabatan Peguam Negara (AGC) akan meneruskan pendakwaan terhadap lima remaja yang terlibat dalam kes buli Zara Qairina Mahathir.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini menegaskan, berdasarkan penelitian AG terhadap kertas siasatan, pertuduhan mengikut Seksyen 507C(1) Kanun Keseksaan dibuat kerana pertuduhan ini merujuk kepada perbuatan buli dan tidak mempunyai kaitan dengan kematian Zara Qairina.
“AGC merujuk kepada kenyataan media bertarikh 19 Ogos yang dikeluarkan oleh peguam lantikan Noraida Lamat, iaitu ibu kepada arwah Zara Qairina.
“Iaitu mengenai permohonan pihak peguam untuk menangguhkan pendakwaan di bawah Seksyen 507C(1) Kanun Keseksaan serta cadangan pertuduhan pihak peguam di bawah seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan,” katanya
AGC menegaskan, kenyataan peguam di perenggan 4 kepada Kenyataan Media tersebut adalah bersifat spekulatif tanpa disokong oleh fakta yang tepat.
“Oleh yang demikian, AGC sekali lagi menegaskan bahawa pertuduhan di bawah seksyen 507C(1) Kanun Keseksaan di dalam kes ini adalah bersandarkan kepada bukti dan fakta yang diperoleh hasil daripada siasatan yang dijalankan.
“Dalam hal tersebut, prosiding inkues masih perlu dijalankan bagi menentukan punca kematian sebenar Zara Qairina,” katanya.
Comments