top of page

Kesedaran Tibi Dipergiat di Bazar Ramadan Matunggong, Orang Ramai Digalak Jalani Saringan

  • nabalunews
  • 3 days ago
  • 1 min read

Oleh: Romie Stanley DGuns


3 Mac 2026


MATUNGGONG: Seramai 113 peniaga dan 200 pengunjung Bazar Ramadan di Daerah Kecil Matunggong telah menerima pendedahan mengenai penyakit Tuberkulosis (Tibi) dalam program pendidikan kesihatan yang dianjurkan oleh Pejabat Kesihatan Kudat, sabtu lalu.


Program yang berlangsung sekitar Bazar Ramadan Pekan Kecil Matunggong itu melibatkan pemeriksaan kesedaran di 38 premis perniagaan, dengan pengedaran 100 risalah berkaitan penyakit berkenaan.


Menurut penganjur, inisiatif yang dilaksanakan oleh Unit Tibi dan Kusta bersama Unit Promosi Kesihatan itu bertujuan meningkatkan kefahaman peniaga dan orang awam mengenai bahaya serta langkah pencegahan Tibi, terutama dalam persekitaran berisiko tinggi seperti bazar yang sesak dengan pengunjung.

Aktiviti program merangkumi penerangan terperinci mengenai tanda dan gejala Tibi, kaedah penularan melalui udara, langkah-langkah pencegahan, serta galakan kepada individu bergejala untuk menjalani saringan kahak di klinik kesihatan terdekat.


Dalam pada itu, orang ramai turut dinasihatkan agar tidak panik berhubung situasi kes Tibi di kawasan berkenaan. Sebaliknya, mereka diminta mendapatkan maklumat tepat dari sumber sahih dan segera berjumpa pegawai kesihatan jika mengalami gejala seperti batuk berpanjangan, demam, berpeluh malam atau penurunan berat badan.

Program pendidikan kesihatan seumpama itu akan terus dilaksanakan di lokasi strategik bagi memastikan masyarakat kekal peka dan mendapat akses kepada maklumat kesihatan yang betul.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page