top of page

KEUNIKAN WARISAN BUDAYA PELBAGAI ETNIK ASET PELANCONGAN SABAH - JAFRY

  • nabalunews
  • Dec 18, 2020
  • 1 min read

18 DIS 2020


KOTA KINABALU: Keunikan warisan budaya pelbagai etnik di Sabah perlu diketengahkan sebagai aset pelancongan yang penting di negeri itu, kata Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Ariffin.

Beliau berkata keindahan warna-warni budaya etnik itu yang tidak terdapat di mana-mana tempat di dunia, menjadikan Sabah negeri unik dan menarik untuk dikunjungi oleh para pelancong dari dalam dan luar negara.

“Harapan saya agar barisan ahli Lembaga Pengarah, Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah dapat menggabungkan seni budaya dalam industri pelancongan.

“Saya yakin dan percaya, jika kebudayaan dapat dimasukkan dalam mana-mana pakej lawatan pelancongan di Sabah, industri ini akan berkembang maju sekali gus memberi impak positif terhadap ekonomi negeri dalam tempoh fasa pemulihan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengerusi dan Ahli-Ahli Lembaga Pengarah empat agensi kerajaan negeri yang disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Jafry berkata kerajaan negeri akan terus komited membangunkan prasarana termasuk menaik taraf kemudahan pelancongan sedia ada dalam usaha menjadikan Sabah sebagai satu daripada destinasi pelancongan bertaraf dunia.

Kerjasama strategik daripada semua pihak juga diperlukan dalam memastikan industri pelancongan Sabah terus berkembang dan kekal sebagai antara penggerak ekonomi negeri, katanya. - Bernama

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page