top of page

KLUSTER JALAN LABUK SANDAKAN, BABITKAN PELAJAR SEKOLAH

  • Wartawan Nabalu News
  • Jan 30, 2021
  • 1 min read


30 Jan 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Satu kluster baharu dilaporkan hari ini dikenali sebagai Kluster Jalan Labuk, Sandakan membabitkan pelajar sekolah.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, kluster itu melibatkan dua kes positif Covid-19 hari ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 15 kes.


"Kes indeks merupakan pelajar yang dikesan positif melalui saringan masuk asrama pada 22 Januari lalu.


"Hasil saringan kontak rapat mendapati beberapa lagi rakan pelajar dan guru disahkan positif Covid-19," katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.


Masidi berkata, daripada 263 kes Covid-19 yang dilaporkan hari ini, sebanyak 192 kes atau 73 peratus adalah dalam kalangan kontak rapat.


"Dari segi aspek kawalan yang dijalankan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, lebih ramai kontak rapat dapat dijejaki dan dibuat ujian saringan Covid-19 dan seterusnya dikenakan kuarantin.


"Langkah ini adalah lebih baik kerana ia dapat memutuskan rantaian Covid-19 dengan segera. Dari sudut lain pula, lebih ramai kontak rapat dikesan sebagai positif Covid-19 mencerminkan tahap pematuhan SOP dalam komuniti adalah rendah," katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page