KM hadiri pembukaan Penggal Kedua DUN Sabah Ke-17
- nabalunews
- 3 hours ago
- 1 min read

23 April 2026
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menghadiri Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Ke-17 yang disempurnakan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Musa Aman di Bangunan DUN Sabah, pada Khamis.
Hajiji yang tiba bersama isteri, Datin Seri Juliah Salag pada jam 9.08 pagi di Dataran DUN Sabah, menerima tabik hormat sebelum bersama Speaker DUN Sabah, Datuk Seri Kadzim M.Yahya menyambut ketibaan Tun Musa dan Toh Puan Datin Seri Panglima Datuk Hajah Faridah Haji Tussin mengikut istiadat rasmi.
Istiadat diteruskan dengan Tun Musa pemeriksaan kawalan kehormatan, diiringi lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku, sebelum majlis rasmi berlangsung di Dewan Persidangan.
Pada majlis itu, Hajiji menyerahkan Teks Ucapan Dasar Kerajaan Negeri Sabah kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah sebelum Tun Musa menyampaikan ucapan perasmian pembukaan penggal persidangan berkenaan.
Sejurus selesai istiadat pembukaan, tetamu menghadiri Majlis Jamuan Negeri di Dewan Bankuasi dan seterus sesi bergambar rasmi bersama Yang di-Pertua Negeri Sabah dan Toh Puan.















Comments