top of page

Komuniti Maritim Tawau diminta tingkatkan aspek keselamatan di laut

  • nabalunews
  • Sep 21, 2024
  • 1 min read

21 September 2024


TAWAU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tawau mengingatkan komuniti maritim setempat supaya meningkatkan aspek keselamatan di laut serta berwaspada terhadap sebarang perubahan cuaca yang tidak menentu pada waktu ini khususnya di sekitar perairan Tawau.


Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, ini berikutan METMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang bermula 24 September ini di beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia termasuk sekitar kawasan pedalaman dan Pantai Barat Sabah yang menyebabkan angin kencang dan laut bergelora.


Katanya keadaan cuaca seperti ini dijangka akan berlanjutan sehingga awal November mengikut ramalan METMalaysia.


Beliau turut menjelaskan cuaca sebegini boleh mendatangkan bahaya kepada aktiviti komuniti maritim seperti perahu-perahu kecil, pengusaha bot penumpang serta pengusaha sektor perikanan dalam negeri.


Sehubungan itu beliau, aspek keselamatan di laut perlu diberikan perhatian sewajarnya bagi mengelakkan insiden yang tidak diingini berlaku.


Shahrizan berkata.Komuniti maritim boleh terus berhubung dengan Pusat Operasi (PUSOP) Maritim

Zon Maritim Tawau di talian 089-750116 atau menghubungi talian kecemasan 999

yang beroperasi 24 jam bagi melaporkan sebarang insiden dan kecemasan di laut.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page