Kontraktor cedera ditetak suspek miliki 3 rekod jenayah lampau
- nabalunews
- Oct 2
- 1 min read

2 Oktober 2025
TAWAU: Seorang kontraktor cedera selepas ditetak seorang lelaki menggunakan senjata tajam dalam kejadian di Kampung Ontentik, Tanjung Batu Laut, Isnin lalu.
Dalam kejadian jam 1.10 petang, mangsa yang berusia 40 tahun dilaporkan parah dan masih menerima rawatan di Hospital Tawau.
Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, hasil siasatan awal, mangsa ditetak oleh seorang lelaki tidak dikenali semasa berada di belakang rumah mertuanya.
“Mangsa kemudiannya segera mendapatkan rawatan di Zon Merah Bahagian Kecemasan Hospital Tawau,”katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurutnya, kejadian dilaporkan oleh abang mangsa selepas menerima panggilan yang memaklumkan adiknya (mangsa) cedera ditetak soerang lelaki tidak dikenali.
Susulan itu, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) berjaya menangkap suspek berusia 30 tahun di hadapan Unit Kecemasan Hospital Tawau sekitar jam 9 malam, semalam.
Jasmin berkata, semakan mendapati suspek mempunyai tiga rekod jenayah lampau melibatkan kes pecah rumah, persetubuhan luar tabii dan penyalahgunaan dadah.
Kes terbaharu itu pula disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan.


















Comments