top of page

Konvoi Jambore Kelab WRS semarakkan semangat kesukarelawan

  • nabalunews
  • Dec 6, 2024
  • 1 min read



6 Disember 2024


PENAMPANG : Konvoi Jambore adalah program tahunan Kelab WRS dan tahun ini, destinasi konvoi adalah dari Penampang ke Tambunan, di mana peserta konvoi akan bermalam di daerah itu sambil menjalankan pelbagai aktiviti komuniti dan rekreasi.


Majlis pelepasan konvoi tahunan Jambore Kelab WRS telah berlangsung di Kompleks Sukan Penampang pagi ini.


Pelepasan konvoi disempurnakan oleh Lenus Sampil, Pegawai Khas Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang juga Ahli Parlimen Penampang, Datuk Ewon Benedick.


Ewon adalah penaung Kelab WRS.


Menurut Kelab WRS, program seperti ini bukan sahaja mengeratkan solidariti sesama ahli kelab, tetapi juga menyemarakkan semangat kesukarelawan selain menghargai keindahan kawasan pedalaman Sabah di Tambunan.


Aktiviti yang dirancang di Tambunan termasuk perbincangan santai, aktiviti riadah, serta sesi mengeratkan ikatan silaturahim di antara peserta. Peserta juga dijangka menyumbang kepada masyarakat tempatan melalui aktiviti-aktiviti berbentuk kemasyarakatan.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page