Koop Sahabat buka cawangan klinik pertama di Sabah
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Koop Sahabat buka cawangan klinik pertama di Sabah

1 Jun 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick hari ini merasmikan Klinik Sahabat yang pertama di Sabah, dimiliki Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (Koop Sahabat).


Beliau berharap kejayaan Koop Sahabat akan menjadi insipirasi dan motivasi kepada lebih 15,000 koperasi di seluruh negara.


“Kita mahu mereka juga bersaing bukan untuk mendapat tempat siapa yang terbaik tetapi bersaing menjana pendapatan untuk manfaat ahli-ahli koperasi.


“Saya mengalu-alukan pembukaan Klinik Sahabat di Sabah dan berharap Koop Sahabat meneroka potensi-potensi perniagaan lain di Sabah dan terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada ahli-ahli koperasi sesuai dengan tema koperasi “dari Sahabat, kepada sahabat, untuk sahabat”.

“Koop Sahabat mempunyai keanggotaai seramai 78,000 di negeri ini pastinya akan membantu menjana pendapatan yang lebih konsisten kepada koperasi dan memastikan koperasi ini terus kekal sebagai antara terbaik di negara ini,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Klinik Sahabat di Warisan Square, di sini, hari ini.


Turut hadir, Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Sabah Matias Kundapin dan Pengerusi Lembaga Koop Sahabat Mohd Najib Mohd Noor.


Ewon turut mencadangkan supaya agensi-agensi dan jabatan-jabatan kerajaan menjadikan Klinik Sahabat sebagai panel klinik jabatan dan agensi mereka.

Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad, dibawah kendalian anak syarikatnya Sahabat Ikhtiar Healthcare Sdn. Bhd. (SIHSB) melebarkan sayap dengan membuka klinik cawangan ketiga di Kota Kinabalu. Klinik Sahabat ini telah beroperasi secara rasmi pada awal Mei lalu.


sementara itu Pengerusi Lembaga Koop Sahabat, Mohd Najib Hj Mohd Noor berkata, pembukaan Klinik Sahabat di Sabah merupakan pelaburan pertama di negeri ini setelah mengambil kira sambutan menggalakkan dari pembukaan cawangan di Lembah Klang dan Selangor.

“Koop Sahabat merupakan koperasi pertama yang menerajui perkhidmatan kesihatan melalui pembukaan Klinik Sahabat setelah melihat peluang yang amat baik untuk manfaat lebih 450,000 anggotanya dis eluruh negara,” katanya.


Katanya lagi, Koop Sahabat juga merancang untuk membuka 10 buah cawangan klinik baharu menjelang 2026 di seluruh negara.


“Melalui pembukaan cawangan-cawangan tersebut, Koop Sahabat menganggarkan pendapatan tahunan sebanyak RM 8 Juta,” katanya.


Mohd Najib berkata, SIHSB turut berhasrat mempelbagaikan perkhidmatan penjagaan kesihatan melalui pembukaan Pusat Perubatan Wanita dan Kanak-kanak, Klinik Estetik dan Pusat Dialisis pada masa akan datang.

“Melalui perkhidmatan kesihatan ini, Koop Sahabat dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan serta ruang pendidikan kepada masyarakat khususnya kepada anggota Koop Sahabat.


“Selain perkhidmatan kesihatan, Koop Sahabat menjalankan perniagaan dalam Perkhidmatan Kewangan seperti Ar Rahnu, Pembangunan Hartanah, Pelaburan Korporat, Pelaburan Strategik serta pelaburan dalam ekuiti awam.


“Pelaburan Hartanah adalah penyumbang terbesar kepada pendapatan dan Pelaburan Koop Sahabat pada masa kini dengan Nilai Pelaburan Kasar (GDV) melebihi RM 500 juta melibatkan projek-projek di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Pahang,” katanya.

Pada Majlis itu, Ewon turut menyampaikan replica cek Pembiyaan Tabung Modal Pusingan SKM bernilai RM 7.34 juta kepada Koop Sahabat yang akan digunakan bagi projek pembangunan hartanah di Bukit Bandaraya Shah Alam, Selangor.


Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad, dibawah kendalian anak syarikatnya Sahabat Ikhtiar Healthcare Sdn. Bhd. (SIHSB) melebarkan sayap dengan membuka klinik cawangan ketiga di Kota Kinabalu. Klinik Sahabat ini telah beroperasi secara rasmi pada awal Mei lalu.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page