Koperasi Keluarga Gilong Antik Kota Belud Berhad hargai pengorbanan ahli koperasi
- nabalunews
- Aug 5, 2024
- 1 min read

5 Ogos 2024
KOTA BELUD : Sebagai menghargai ahli koperasi atas kesetiaan, usaha gigih dan pengorbanan untuk memajukan koperasi, satu majlis makan malam amal Koperasi Keluarga Gilong Antik Kota Belud Berhad diadakan pada 3 Ogos lalu.
Majlis di SSK Centre - Kota Belud ini juga bertujuan untuk menambah dana untuk modal pusingan koperasi.
Majlis makan malam ini dirasmikan Pemaju Mukim di Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM)Kadamaian merangkap Setiausaha Bahagian Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Kota Belud, Anichlose Kesimin yang mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick.
Koperasi Keluarga Gilong Antik Kota Belud Berhad mempunyai seramai 57 orang ahli koperasi dan berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) pada 2014.

Koperasi ini terlibat dengan sektor peruncitan dan mempunyai sebuah premis kedai runcit di Kampung Sumbilingon, Kelawat, Kota Belud selain mengusahakan inap desa dikenali Homestay Pantai Koduko Kelawat Kota Belud pada 2016 serta perkhemahan.
Pada majlis ini, Pengerusi Koperasi Keluarga Gilong Antik Kota Belud Berhad,Ashtar Lungan turut mengemukakan beberapa masalah yang dihadapi oleh koperasi seperti lokasi premis koperasidi atas tanah simpanan kerajaan serta kekurangan modal.
Comments