KPN bincang isu keselamatan Sabah Bersama Ketua Menteri
- nabalunews
- Jan 17
- 1 min read

17 Januari 2026
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, menerima kunjungan Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, di sini, pada Sabtu.
Pertemuan yang diadakan di Sri Gaya itu memberi ruang kepada kedua-dua pihak untuk membincangkan isu semasa serta perkara berkaitan keselamatan Sabah.
Mohd Khalid diiringi Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun dan pegawai kanan dari Bukit Aman.


















Comments