top of page

KRT Kampung Piasau adakan rondaan malam

  • Wartawan Nabalu News
  • Nov 7, 2023
  • 1 min read

7 November 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Seramai 21 ahli Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Piasau mengambil bahagian dalam aktiviti meronda kampung bersama JKKK, Rela, Skim Rondaan Sukarela (SRS) KRT dan VP, Kampung Piasau, pada Khamis lalu.


Aktiviti itu bermula jam 9.30 malam dan berakhir jam 12.30 tengah malam, dengan tempat berkumpul di Sosondoton View Kg. Piasau.

Pengerusi JKKK Piasau, Jolyhame Saran, berkata tujuan aktiviti itu adalah untuk mengenal pasti dan mencegah sebarang penyalahgunaan harta benda kampung, serta meningkatkan kesedaran dan tanggungjawab penduduk terhadap keselamatan kampung.


"Kami ingin menjadikan Kampung Piasau sebagai kampung yang aman, harmoni dan sejahtera,” katanya.


Beliau berkata aktiviti meronda kampung secara bersama itu akan diteruskan pada masa-masa yang sesuai, dengan kerjasama dan sokongan semua pihak.

Comentarios


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page