top of page

KUSKOP Peruntukkan RM2 Juta Kepada CEDAR Untuk Program Maju Usahawan Madani

  • nabalunews
  • 23 hours ago
  • 2 min read


11 Mei 2025


TAWAU: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) memperuntukkan RM2 juta kepada Centre for Entrepreneur Development and Research (CEDAR) untuk menerajui Program Maju Usahawan MADANI tahun ini.


Menterinya Datuk Ewon Benedick berkata antara modul bimbingan yang ditawarkan dalam program kelolaan CEDAR itu termasuklah strategi pengurusan kredit, e-invoicing, kecerdasan buatan (AI), adaptasi teknologi, pengurusan perniagaan, halal, termasuk amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).


“Kesemua modul berkenaan direka untuk memperkukuhkan daya saing, keupayaan inovasi dan tahap pengetahuan usahawan,” katanya kepada Bernama di sini.



CEDAR yang merupakan anak syarikat Small Medium Enterprise Development Bank Bhd (SME Bank) turut menerima peruntukan RM3 juta daripada SME Bank.


CEDAR yang merupakan anak syarikat Small Medium Enterprise Development Bank Bhd (SME Bank) turut menerima peruntukan RM3 juta daripada SME Bank.


Ewon berkata tahun ini CEDAR menyasarkan 3,000 usahawan menyertai Program Maju Usahawan MADANI di seluruh negara dan setakat ini seramai 1,062 usahawan berjaya dibimbing.


“Daripada 1,062 usahawan itu 47 adalah usahawan daripada Sabah yang menyertai Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 di Tawau.


“Sejak penubuhan CEDAR pada tahun 2013, pusat itu melatih lebih 82,000 usahawan dan kini turut terlibat dalam penganjuran program pembangunan kapasiti di peringkat ASEAN,” katanya lagi.


Ewon seterusnya berkata beliau berharap usahawan orang kurang upaya (OKU) dan veteran tentera agar memanfaatkan skim pembiayaan yang tersedia seperti Tekun Nasional.


“Kita ada skim tersebut, tetapi dari segi sambutannya tidak dapat mencapai sasaran berbanding jumlah pembiayaan yang kita peruntukkan, saya tahu memang banyak usahawan OKU, mungkin mereka tidak tahu, mungkin mereka segan, yang ini saya harus teliti apakah sebabnya,” katanya.


Beliau berkata KUSKOP akan mengambil bahagian dalam pelbagai program, antaranya PMR dan Program Expo Keusahawanan termasuk program bersama dengan kementerian lain supaya maklumat bantuan diberi liputan besar agar sampai ke setiap lapisan masyarakat.– BERNAMA

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page