top of page

Lapan PATI Tapak Pembinaan Ditahan

  • nabalunews
  • Nov 17, 2025
  • 1 min read

17 November 2025


RANAU: Seramai lapan pendatang asing tanpa izin ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah dalam serbuan yang dijalankan di sekitar daerah ini, semalam.


Dalam kenyataan yang dikeluarkan JIM Sabah, hasil pemeriksaan daripada 11 individu, seramai lapan PATI ditahan untuk siasatan lanjut.


Katanya, lapan individu yang ditahan melibatkan lelaki dewasa dan berasal dari negara jiran Filipina.

“Semua individu yang ditangkap dan ditahan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan sah atau pas yang sah.


“Siasat lanjut akan dijalankan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155),” katanya.


Menurutnya, JIM Sabah akan terus komited dalam melaksanakan tindakan penguatkuasaan terhadap PATI yang dijalankan di sekitar Ranau.


Katanya, tindakan tegas akan terus diambil terhadap mana-mana individu atau pihak yang melindungi atau menggaji PATI.


“Masyarakat turut disarankan supaya bekerjasama menyalurkan maklumat berkaitan kehadiran warga asing tanpa izin di kawasan mereka untuk tindakan segera,” katanya.

 
 
 

1 Comment


sughra noor
sughra noor
Dec 13, 2025

Thanks for reporting on this — the article presents the situation clearly and responsibly, helping readers understand the importance of enforcement and safety at construction sites. Coverage like this raises awareness about compliance and accountability in a meaningful way. I was reminded of a broader discussion I read on a https://www.gourmetgiftbasketstore.com/ review blog about operational responsibility, and it’s interesting how those principles apply across very different industries.

Like
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page