top of page

Lebih 100 Penduduk Sertai Gotong-Royong Bersihkan Kuburan di Kampung Tambulion Ulu

  • nabalunews
  • 16 hours ago
  • 1 min read

ree

16 Ogos 2025


KOTA BELUD : Seramai lebih 100 penduduk Kampung Tambulion Ulu dan sekitar hadir dalam program gotong-royong membersihkan kawasan kuburan kampung tersebut hari ini. Program itu dianjurkan oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Tambulion Ulu dengan kerjasama JKKK Tambulion Sorob.


Pengerusi JKKK Tambulion Ulu, Hildawatih Sikul dan Pengerusi JKKK Tambulion Sorob, Nelly Kamag berkata, inisiatif ini bertujuan memupuk semangat kerjasama dan kebersamaan dalam kalangan penduduk selain memastikan kawasan perkuburan sentiasa dalam keadaan bersih dan terjaga.


Gotong-royong tersebut turut menerima sumbangan Touch Point daripada Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM), Pusat Khidmat ADUN N.11 Kadamaian, bagi menyokong kelancaran program komuniti itu. Dana tersebut disampaikan oleh Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM), Saikom Watis mewakili Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N.11 Kadamaian.

ree

PPM Saikom Watis turut hadir bersama penduduk sepanjang gotong-royong berlangsung, sekali gus menunjukkan sokongan berterusan pihak ADUN kepada program-program kemasyarakatan di peringkat akar umbi.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page