Lebih 250 ahli Komuniti Madani di Sandakan sertai Program Jiwa Madani @ Merdeka Daerah Sandakan 2024
- nabalunews
- Sep 7, 2024
- 1 min read

7 September 2024
Oleh Wartawan Nabalu News
SANDAKAN: Lebih 250 ahli Komuniti Madani di Sandakan menyertai Program Jiwa Madani @ Merdeka Daerah Sandakan 2024 dengan menonton tayangan filem Takluk : Lahad Datu di Pawagam LFS Sandakan hari ini.
Program anjuran Jabatan Penerangan (JAPEN) Negeri Sabah itu dihadiri Pengarahnya, Jainisah Mohd Noor, Ahli Dewan Negara, Senator Anna Bell @ Suzieana Perian, Ahli Lembaga Pengarah Kebudayaan Negeri Sabah, Datuk Amirshah Yaakub, Ahli Dewan Undangan Negeri Gum-Gum, Arunarsin Taib, wakil pemimpin setempat dan media Sandakan.
Ketika ditemui media sejurus menyaksikan tayangan itu, Jainisah berkata, ini merupakan antara pendekatan berbeza yang cuba ditampilkan pihak JAPEN Sabah dalam memupuk semangat patriotik dan cintakan negara serta menjaga kedaulatan negara.
Beliau menghargai kerjasama baik antara Komuniti Madani Sandakan dengan pihak JAPEN dalam setiap program di kawasan masing-masing.
Manakala Anna Bell menyambut baik penganjuran program itu kerana dapat memupuk nilai kebersamaan serta sayangkan tanah air.
Pada masa yang sama, tayangan itu juga kelak ada disiarkan di kaca televisyen kerana ramai masyarakat luar bandar dan pedalaman tidak mempunyai akses seperti pawagam seumpama di kawasan mereka.
Di Sabah terdapat kira-kira 219 Komuniti Madani manakala di Sandakan mempunyai 21 Komuniti Madani setakat ini.















Comments