top of page
  • Wartawan Nabalu News

Lebih 3,000 penduduk Nahaba-Talungan-Terintidon-Sayap terjejas, jambatan runtuh


Jambatan runtuh mengakibatkan jalan utama lima buah kampung terputus.

12 Mei 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Lebih 3,000 penduduk dari lima buah kampung di kawasan Kadamaian terputus hubungan ekoran jambatan merentasi Sungai Wariu runtuh mengakibatkan jalan utama kampung itu tidak dapat dilalui.


Kampung yang terjejas ialah Kampung Nahaba, Kg.Talungan, Kg.Terintidon, Kg.Tegudon, dan Kg.Sayap.


Sebaik menerima laporan daripada penduduk kampung, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Datuk Ewon Benedick telah menghubungi Menteri Kerja Raya Sabah Datuk Bung Mokhtar Radin dan Timbalan Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah untuk memaklumkan perkara itu.


Ewon berkata, jambatan itu merupakan jalan perhubungan utama penduduk lima kampung, dua buah sekolah rendah dan sebuah Klinik Desa.


“Saya berharap pihak Menteri (Datuk Bung) dan JKR sabah dapat membantu mempercepatkan kerja-kerja pembinaan jalan alternatif dan jambatan baharu di jalan ini,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika dihubungi Nabalu News mengenai tindakan segera membantu penduduk kampung yang terjejas.



Sementara itu, Ewon merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak JKR atas respond pantas.


“Timbalan Pengarah JKR menghubungi saya sebentar tadi dan memaklumkan pihaknya akan mengambil tindakan segera membina semula jambatan itu,” katanya.



Comments


bottom of page