top of page

Lelaki cedera kereta terbalik di Jalan Balung

  • nabalunews
  • Aug 18, 2024
  • 1 min read

17 Ogos 2024

Oleh Wartawan Nabalu News


TAWAU: Seorang lelaki, 44, cedera selepas tersepit dalam kenderaan yang dipandunya, dipercayai hilang kawalan lalu terbabas sendiri dan terbalik di Kilometer 49, Jalan Balung, hari ini.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, rakan mangsa, 49, yang berjaya dikeluarkan orang awam sebelum ketibaan pasukannya, tidak cedera dalam insiden tersebut.


Katanya, sepasukan enam anggotanya bersama pegawai dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 12.13 tengah hari.


"Nahas itu membabitkan sebuah kereta jenis Isuzu D-Max yang dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas sendiri di tepi jalan.


"Seorang mangsa tersepit berjaya dikeluarkan pasukan yang tiba di lokasi pada jam 12.57 tengah hari dengan menggunakan peralatan khas iaitu rescue tools,"katanya lagi.


Menurutnya, pihaknya memberikan rawatan awal kepada mangsa sebelum dihantar ke Klinik Kesihatan Balung dengan ambulans bagi mendapatkan rawatan lanjut.


Jemishin berkata, pasukannya menamatkan operasi pada jam 1.35 petang.

Comentários


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page