top of page

Lelaki ditahan bersama 2,100 gram ekstasi

  • nabalunews
  • 3 hours ago
  • 1 min read

ree

10 November 2025


KOTA KINABALU: Seorang lelaki ditahan selepas didapati terbabit dalam kegiatan pengedaran dadah dalam serbuan di hadapan sebuah kedai cermin mata di Luyang, di sini, semalam.


Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, lelaki berusia 25 tahun yang juga pemandu e-hailing ditahan bersama beg berisi serbuk disyaki ekstasi seberat lebih dua kilogram.


Ketua JSJN Sabah, Asisten Komisioner Alhusin Halil berkata, suspek ditahan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah.

ree

Katanya, hasil pemeriksaan terhadap beg suspek menemukan 95 paket kecil berwarna merah berlogo naga emas dan bertulisan Cina, mengandungi serbuk disyaki ekstasi.


“Semua dadah berkenaan seberat 2,100 gram dan nilai rampasan dadah berkenaan dianggarkan mencecah RM76,000.


"Siasatan awal mendapati suspek bekerja sebagai pemandu e-hailing dan turut mempunyai satu rekod lampau berkaitan kesalahan dadah,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

ree

Menurutnya, hasil ujian saringan air kencing turut mendapati suspek positif dadah jenis ketamin dan benzodiazepine.


“Dua telefon bimbit turut disita untuk siasatan lanjut dan pemeriksaan susulan ke rumah suspek di Luyang, tidak menemui sebarang barang salah lain, namun sebuah kereta Perodua Axia turut disita untuk siasatan lanjut," katanya.

ree

Alhusin berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. Suspek kini direman bagi membantu siasatan lanjut.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page