Lelaki hilang, dikhuatiri dibaham buaya di Kota Marudu, masih dicari
14 September 2024
KOTA MARUDU: Seorang lelaki yang hilang dikhuatiri dibaham buaya ketika sedang mandi-manda bersama anak saudaranya di sebuah sungai di Kampung Marudu Darat, Jalan Ranau-Ranau, di sini, sejak Rabu lalu masih belum ditemui dan gerakan mencari akan disambung semula pagi esok selepas dihentikan jam 4.53 petang tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu, Hasbi Hajat berkata gerakan mencari mangsa yang dikenali Razis Amat, 35, akan disambung semula esok pagi.
Katanya operasi mencari siang tadi yang masuk hari keempat melibatkan 10 anggota bomba menggunakan 2 bot dibantu 52 anggota polis, Angkatan Pertahanan Awam, Jabatan Hidupan Liar dan orang awam.
Operasi mencari yang bermula 9.36 pagi menggunakan kaedah surface water rescue.
Umpan buaya turut dipasang di loksi pencarian namun buaya terbabit belum dapat ditangkap.Bagaimanapun mangsa masih belum ditemui.
Bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 6.07 petang, 11 September lalu.
“Menurut maklumat awal dari pemanggil, terdapat dua mangsa melakukan aktiviti mandi manda di sungai berkenaan.
“Seorang mangsa remaja berusia 17 tahun selamat manakala seorang lagi berusia 35 tahun dikhuatiri dibaham buaya,” katanya.
“Setakat ini mangsa belum ditemui dan maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” katanya.
Comments