top of page

Lelaki kurang siuman ditahan, ceroboh Gereja Katedral St. Francis Xavier

  • Wartawan Nabalu News
  • Jul 7, 2022
  • 1 min read


7 Julai 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KENINGAU: Polis di sini berjaya menahan seorang lelaki tempatan berusia 34 tahun dipercayai kurang siuman, bagi membantu siasatan kes Gereja Katedral St. Francis Xavier, di sini yang diceroboh masuk dan peralatannya termasuk salib dirosakkan, pagi hari ini.


Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Nor Rafidah Kasim berkata polis menerima laporan berkenaan kejadian itu jam 10.01 pagi tadi.


“Siasatan lanjut telah membawa kepada penahanan seorang lelaki warga tempatan berumur 34 tahun disyaki kurang siuman,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nor Rafidah berkata, ujian air kencing mendapati suspek negatif dadah.


Katanya lagi, suspek dan rampasan barang bukti telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan.

Comentarios


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page