top of page

Lelaki Ditahan Bersama Enam Ketulan Mampat Daun Ganja

  • nabalunews
  • 2 hours ago
  • 1 min read

22 April 2026


PENAMPANG: Seorang lelaki ditahan selepas dipercayai menjalankan aktiviti pengedaran dadah jenis ganja dalam operasi Op Tapis di Jaln Pantai Berahi, Putatan, di sini, semalam.


Dalam operasi berkenaan, lelaki berusia 25 tahun terbabit ditahan bersama 641.82 gram ketulan mampat daun kering disyaki ganja.


Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton berkata, brrtindak atas maklumat, pasukan polis menjalankan operasi serbuan terhadap suspek yang disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah.

Katanya, hasil pemeriksaan terhadap suspek berjaya menemui enam paket plastik lut sinar berisi ketulan mampat dedaun kering disyaki dadah jenis ganja.


“Semua dadah yang dirampas dianggarkan seberat 641.82 gram yang dipercayai cuba diedarkan ke pasaran setempat.


“Nilai rampasan dianggarkan berjumlah kira-kira RM1,890 berdasarkan harga pasaran semasa,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan, hari ini.


Menurutnya, siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.


Katanya, jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman mati atau penjara seumur hidup serta sebatan tidak kurang daripada 12 kali.


Sehubungan itu, Sammy menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dan oengedaran dadah.


Katanya, usaha membanteras jenayah akan terus dipergiatkan dari semasa ke semasa demi memastikan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat setempat.


“Orang ramai diseru untuk terus bekerjasama dengan pihak polis dengan menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti jenayah khususnya pengedaran dadah bagi memastikan tindakan segera dapat diambil,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page