Lelaki Mati Ditetak Abang Sendiri
- nabalunews
- 3 hours ago
- 1 min read

4 Disember 2025
SANDAKAN: Seorang lelaki ditemui mati dengan beberapa kecederaan parah dipercayai ditetak abang kandungnya dalam kejadian di Bandar Karamunting, di sini, Ahad lalu.
Mangsa berusia 43 tahun itu ditemui dalam keadaan berlumuran darah oleh ibunya kira-kira jam 5.30 petang di dalam bilik tidurnya.
Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner George Abd Rakman, berdasarkan siasatan awal, mangsa dikatakan hanya berada di rumah bersama suspek yang berusia 44 tahun yang juga abang kandung mangsa.
Katanya, suspek terus ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Sandakan kira-kira jam 8.45 malam hari sama.
“Pasukan polis turut menemui seluar suspek berlumuran darah serta tiga bilah parang yang dipercayai digunakan dalam kejadian.
“Siasatan pada mangsa mendapati, mangsa mengalami kecederaan serius di kepala, belakang telinga, perut serta tangan akibat senjata tajam,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Menurutnya, proses bedah siasat akan dijalankan bagi mengenalpasti motif kejadian bagi membantu siasatan lanjut.
Katanya, siasatan di lokasi mendapati, jiran mengakui terdengar bunyi orang mengerang pada pagi Jumaat namun tidak menyangka ia berkaitan insiden berkenaan.
“Suspek dikatakan mempunyai masalah mental, tidak bekerja dan tinggal bersama keluarga di rumah berkenaan.
“Siasatan lanjut akan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” tegasnya.


















Comments