Lelaki Maut Akibat Langgar Lari
- nabalunews
- 3 days ago
- 1 min read

6 Julai 2025
TUARAN: Seorang pejalan kaki maut selepas dirempuh sebuah kenderaan yang terus melarikan diri sejurus selepas kejadian di Jalan Tuaran – Kota Kinabalu berhampiran Kampung Bakut, di sini, semalam.
Lelaki berusia 39 tahun dipercayai cuba melintas jalan berkenaan dilaporkan mengalami kecederaan parah di kepala dan badan.
Mangsa yang dikejarkan ke Hospital Tuaran disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan manakala kenderaan terlibat masih belum dapat dikenalpasti.
Ketua Polis Daerah Tuaran, Superintendan Noraidin Ag Maidin berkata, setakat ini, beberapa individu telah dirakam percakapan bagi membantu siasatan.
“Pihak polis sedang giat menjalankan siasatan bagi mengesan pemandu yang melarikan diri dari lokasi kemalangan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian berkenaan diminta tampil membantu siasatan.
Katanya, sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tuaran, Inspektor Haffiz di talian 011-61600964 atau tampil ke mana-mana balai polis berhampiran.
“Orang ramai khususnya pejalan kaki di kawasan berkenaan juga dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati dan berhemah ketika di jalan raya,” katanya.
Comentarios