top of page

Lelaki maut dibaham buaya di Sandakan

  • nabalunews
  • Dec 15, 2024
  • 1 min read

15 Disember 2024


SANDAKAN :Seorang lelaki rakyat asing maut dibaham buaya di kawasan setinggan pembuangan sampah Batu 8, di sini pada Jumaat.


Pemangku Ketua Polis Daerah Sandakan, Superintendan Ramasamy A/L Kuppan berkata siasatan mendapati ketika kejadian mangsa berumur 28 tahun, berjalan ke rumah abangnya melalui jambatan kayu.


Katanya ketika dalam perjalanan melalui jambatan kayu, mangsa telah disambar oleh seekor buaya, kira-kira 8.20 malam.


"Mangsa sempat menjerit dan meminta pertolongan.


"Mayat mangsa ditemui oleh ahli keluarganya kira-kira 2 meter dari tempat kejadian pada 9.30 malam hari yang sama, dengan kesan gigitan buaya di beberapa bahagian badan.


"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Duchess of Kent, Sandakan untuk bedah siasat. Kes dikasifikasikan sebagai laporan mati mengejut," katanya dalam kenyataan pada malam Sabtu.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page