Lelaki maut, kereta terbabas langgar tiang Telekom, papan tanda di Bulatan Kopungit
- nabalunews
- Aug 7, 2024
- 1 min read

7 Ogos 2024
KOTA KINABALU : Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabas lalu melanggar tiang Telekom dan papan tanda di tepi jalan di Jalan Pintas Bulatan Kopungit, Kota Kinabalu, tengah malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.20 tengah malam itu, mangsa lelaki berusia 27 tahun yang tersepit dalam kereta jenis Toyota Vios berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba menggunakan peralatan menyelamat khas.
Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Operasi bomba ditamatkan jam 1.20 pagi.
Terdahulu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu Ordine Gilu berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 12.26 malam.
Katanya sepasukan 13 anggota dari BBP Kota Kinabalu dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak 2 kilometer dari balai.















Comments