top of page

Lelaki Meninggal Dunia Terjatuh Ketika Baiki Tangki Air Rumah

  • nabalunews
  • 3 hours ago
  • 1 min read

ree

24 Ogos 2025


PENAMPANG: Seorang lelaki ditemui berlumuran darah selepas dipercayai terjatuh ketika membaiki tangki air dalam kejadian di Kampung Pasir Putih, di sini, malam tadi.


Warga asing berusia 42 tahun itu ditemui tidak sedarkan diri oleh orang awam pada jam 7.35 malam sebelum memaklumkan kepada pihak polis untuk bantuan segera.


Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton berkata, sebaik menerima makluman, sepasukan anggota dan pegawai terus dikerah ke lokasi untuk menjalankan siasatan.


Katanya, siasatan mendapati, mangsa dipercayai terjatuh ketika sedang membaiki tangki air di belakang rumah berkenaan.


“Hasil siasatan lanjut, pihak polis tidak menemui sebarang unsur jenayah namun siasatan masih diteruskan.


“Mayat mangsa sudah dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk proses bedah siasat,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Menurutnya, setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).


Sehubungan itu, Sammy menasihati orang ramai supaya tidak memuatnaik sebarang imej atau rakaman video mangsa di tempat kejadian di mana-mana platform media sosial.


Katanya, ia bagi menjaga sensitiviti keluarga mangsa terlibat serta dibimbangi boleh mengganggu siasatan serta menimbulkan kegusaran awam.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page