top of page

Lelaki Pengsan Terhidu Bahan Berbahaya di Sepanggar

  • nabalunews
  • 9 minutes ago
  • 1 min read

ree

20 Ogos 2025


KOTA KINABALU: Seorang lelaki dilaporkan pengsan selepas dipercayai terhidu bahan berbahaya dalam satu insiden di sebuah kilang berdekatan KKIP Sepanggar pagi tadi.


Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.49 pagi menerusi talian MERS999 sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu bergegas ke lokasi kejadian.


“Komander Operasi melaporkan terdapat seorang mangsa lelaki dilaporkan pengsan akibat terhidu bahan berbahaya. Mangsa seterusnya dihantar ke Hospital Queen Elizabeth menaiki Ambulans KKM untuk mendapatkan rawatan selanjutnya,” menurut kenyataan itu hari ini.


Operasi berkenaan diketuai oleh PBK I Asama Bin Saruddin selaku Komander Operasi bersama Komander Operasi Kanan, PPgB Mohammad Hannis Bin Moktar, dengan kekuatan seramai 12 anggota. Turut membantu ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).


“Tindakan Pasukan Hazmat yang diketuai oleh PPgB Mohammad Hannis Moktar bertindak mengesan jenis bahan berbahaya dengan menggunakan Chemical Diver dan didapati mengdeteksi bahan iaitu Hidrogen Sulfide di dalam tong ikan dan proses nyahcemar dijalankan serta pengaliran udara telah dilakukan. Setelah memastikan tiada lagi bahaya lain, operasi ditamatkan,” jelas kenyataan itu lagi.


Operasi terkawal pada jam 10.19 pagi sebelum ditamatkan sepenuhnya pada jam 10.39 pagi. Maklumat lanjut mengenai identiti mangsa masih belum diperoleh setakat ini.

 
 
 

Commenti


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page