top of page

Lelaki Tempatan Dipenjara Setahun Miliki Wang Palsu RM100

  • nabalunews
  • 2 hours ago
  • 1 min read

12 Februari 2026


KOTA MARUDU: Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Sabah mengesahkan satu pertuduhan telah dijalankan di Mahkamah Kota Marudu semalam melibatkan kesalahan memiliki dan menggunakan wang kertas palsu.


Seorang lelaki tempatan, Masli Asong, 30 tahun, tidak bekerja dan beralamat di Kampung Marudu Laut, Kota Marudu telah dituduh di bawah Seksyen 489B Kanun Keseksaan. Pertuduhan berkenaan dibuat susulan laporan polis berkaitan penggunaan sekeping wang kertas RM100 yang disyaki palsu di stesen minyak Shell, Pekan Goshen.


Kes disiasat oleh Sarjan Amisah Md Salleh dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersil IPD Kota Marudu, manakala pendakwaan dikendalikan oleh Inspektor Seanhilary Miting Pakoi.


Tertuduh mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan mahkamah. Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara selama satu tahun bermula dari tarikh sabitan iaitu 11 Februari 2026.


Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintenden Simiun Lomudin dalam kenyataannya menegaskan bahawa kesalahan melibatkan wang kertas palsu adalah jenayah serius dan pihak polis tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu yang terlibat.


Beliau turut menasihatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati ketika menerima wang tunai dan segera membuat laporan polis sekiranya menerima atau mengesyaki sebarang transaksi melibatkan wang palsu.

 
 
 
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page