Liga Penalti Kadamaian Meriah Di Kaung Malaan
- nabalunews
- Oct 25, 2025
- 2 min read

25 Oktober 2025
KOTA BELUD: Karnival Sukan Bola Sepak Kadamaian Liga Penalti yang berlangsung di padang Kampung Kaung Malaan, Kadamaian, hari ini menyemarakkan semangat kesukanan dan perpaduan dalam kalangan belia tempatan. Acara ini dianjurkan oleh Belia Kaung Malaan dengan kerjasama Pemuda Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Kota Belud dan disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi merangkap Presiden UPKO Malaysia, Datuk Ewon Benedick.
Ewon mengucapkan tahniah kepada penganjur atas inisiatif menganjurkan karnival yang bukan sahaja memperkukuh semangat kesukanan, tetapi juga memupuk gaya hidup sihat dan mengeratkan hubungan sesama komuniti. Beliau turut memuji penglibatan para ibu yang mengambil peluang menjual pelbagai juadah sepanjang acara berlangsung, sekali gus menyokong ekonomi kecil tempatan.
Pengerusi penganjur, Eddy Bakait, berkata sebanyak 14 pasukan mengambil bahagian dalam pertandingan liga penalti yang diadakan khas bagi memberi peluang kepada belia menunjukkan bakat mereka dalam sukan bola sepak. Menurutnya, objektif utama penganjuran ini adalah untuk menjadikan aktiviti sukan sebagai wadah rekreasi sihat yang dapat menyatukan semua lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang atau fahaman politik.

Eddy turut menzahirkan penghargaan kepada Datuk Ewon atas sumbangan dana serta sokongan berterusan kepada program-program komuniti belia.
“Sebagai seorang pemimpin yang berjiwa rakyat, Datuk Ewon sentiasa memberikan sokongan padu kepada aktiviti belia, wanita, dan komuniti setempat. Sokongan beliau menjadi pemangkin kepada semangat kami untuk terus menganjurkan program seperti ini,” katanya.
Turut hadir dalam program tersebut ialah Timbalan Ketua Bahagian UPKO Kota Belud, Carlye Lajimin, Ketua Pemuda UPKO Kota Belud, Jolyhame Saran, beberapa pemimpin masyarakat, serta Ahli Jawatankuasa UPKO tempatan. Kehadiran mereka menyerlahkan semangat kerjasama erat antara pemimpin dan rakyat dalam menjayakan pembangunan sosial di Kadamaian.

Kemeriahan di padang Kaung Malaan bukan sahaja memperlihatkan semangat juang para pemain, tetapi juga semangat komuniti yang berganding bahu dalam menjayakan satu lagi inisiatif pembangunan belia di Kadamaian.















The main thing is to understand the process. I also started with small bets on local matches, just for fun. Now I go to https://indi.1xbet.com/line/cricket and choose events that really make sense. The platform is convenient, the odds are reasonable, and you can follow the line in real time. I like that everything is transparent: you place a bet, watch the game, and enjoy it.