top of page

Lori Terbabas Sebabkan Kesesakan lebih Lima Kilometer

  • nabalunews
  • May 12
  • 1 min read


12 Mei 2025


KINABATANGAN: Kejadian kemalangan melibatkan sebuah lori membawa silinder gas oksigen di Jalan Lahad Datu-Kinabatangan berhampiran Kampung Batu Puteh, di sini, petang tadi, menyebabkan kesesakan lebih lima kilometer.


Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, lori berkenaan dikatakan terbabas selepas cuba mengelak sebuah motosikal.


Kejadian mengakibatkan laluan di kedua-dua hala terhalang sepenuhnya dan menyebabkan ratusan kenderaan terkandas lebih tiga jam.



Difahamkan, tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dan sehingga jam 5.45 petang tadi, kerja-kerja mengalihkan kenderaan masih giat dijalankan.


Sementara itu, salah seorang pengguna jalan raya terkandas yang hanya dikenali sebagai Rebeca berkata, dia sedang dalam perjalanan dari Tawau menuju ke Sandakan.


Katanya, sebaik sampai di lokasi, dia melihat lori berkenaan menghalang laluan dan terpaksa menunggu lebih 3 jam sebelum dapat melalui jalan berkenaan.


“Pihak berkuasa yang hadir membantu terpaksa mendapatkan bantuan jentera yang kebetulan berada kawasan berhampiran untuk mengalihkan lori berkenaan.


“Sebaik dapat melepasi halangan berkenaan, kesesakan di laluan bertentangan amat panjang dan mungkin mencecah lebih 5 kilometer ,” katanya ketika ditemui, petang tadi.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page