top of page

Lori terbalik rempuh tembok sekolah di Kg Gayaratau, tiga mangsa cedera ringan

  • nabalunews
  • 6 hours ago
  • 1 min read

25 Mei 2025


TAMPARULI: Tiga lelaki mengalami kecederaan ringan selepas lori TIGA tan yang dipandunya terbabas, merempuh tembok pagar sekolah dan tiang telekom sebelum terbalik di Kg Gayaratau, Tamparuli, pada petang Jumaat.


Kejadian itu berlaku sekitar pukul 1:15 petang dan tindakan pantas orang awam serta pasukan bomba berjaya membantu mangsa di tempat kejadian.


Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran tiba di lokasi kejadian pada pukul 1:45 petang, setelah mendapat panggilan kecemasan pada pukul 1:15 petang.


Komander Operasi, PBK II Norkizan Durudin, berkata dua mangsa telah berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba, sementara seorang mangsa masih tersepit di dalam lori.


"Pasukan bomba bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas RTA (Road Traffic Accident)," katanya.


Ketiga-tiga mangsa, lelaki berusia 56, 49, dan 22 tahun, dilaporkan mengalami kecederaan ringan. Mereka kemudiannya diserahkan kepada pihak ambulans KKM untuk tindakan selanjutnya.


Pasukan bomba bersama PDRM dan KKM memastikan tiada bahaya lain di sekitar kawasan kemalangan sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada pukul 2:45 petang.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page