top of page

LOTUD harap Kerajaan Negeri pertimbang kenaikan gaji ketua kampung

  • Wartawan Nabalu News
  • Feb 13, 2023
  • 1 min read

13 Februari 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


TUARAN: Persatuan Suang Lotud Sabah (LOTUD) menyeru agar Kerajaan Negeri mempertimbangkan untuk menaikan gaji dan elaun ketua kampung selaras dengan kadar gaji minimum yang diluluskan oleh Kerajaan Persekutan sebelum ini.


Presiden Persatuan Suang Lotud Sabah (LOTUD) Tuaran Datuk Fredie Sua berkata, persatuan tersebut telah menerima permintaan untuk membantu golongon pemimpin masyarakat terutamanya kalangan ketua kampung untuk menyampaikan sokongan kepada Kerajaan Negeri agar elaun atau gaji bulanan mereka dapat dikemaskini.

Datuk Fredie Sua.

Beliau berharap, gaji ketua kampung dapat dikemaskini daripada RM700 kepada RM1,200 seperti yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri Johor pada sidang dewan tahun lepas dimana ianya akan selaras dengan gaji minima yang diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan sebelum ini.


“LOTUD dimaklumkan bahawa gaji atau elaun RM700 ketua kampung ini sudah agak lama tidak dikemaskini walaupun kos perkhidmatan telah meningkat mengikut keadaan ekonomi disebalik gaji Penjawat Awam, Ahli Parlimen dan ADUN di seluruh negara telah dinaikkan mengikut kadar jadual gaji masing masing.

“Kami percaya atas budibicara Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Haji Nor, beliau akan prihatin terhadap kos sara hidup yang telah meningkat dan akan memberikan pertimbangan sewajarnya untuk menaikkan gaji atau elaun pemimpin masyarakat kalangan ketua kampung,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Dalam pada itu, persatuan itu menyokong agar gaji dan elaun ketua kampung diberi pertimbangan untuk dinaikkan selaras dengan kadar gaji yang dilaksanakan di Semenanjung Malaysia, sesuai dengan khidmat yang perlu dilaksanakan sebagai seorang ketua kampung.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page