top of page

LRA Segaliud kembali beroperasi, bekalan air Sandakan pulih berperingkat

  • nabalunews
  • Sep 18
  • 1 min read

ree

18 September 2025


KOTA KINABALU: Bekalan air di sekitar Sandakan kini kembali pulih secara berperingkat susulan Loji Rawatan Air (LRA) Segaliud kembali beroperasi selepas menerima bekalan elektrik stabil.


Ia berikutan talian penghantaran 275kV Kolopis–Segaliud (Line 1) berjaya disambung semula semalam, sekali gus menghubungkan kembali Sandakan Island ke sistem grid Sabah dan memulihkan bekalan elektrik ke kawasan Pantai Timur yang terputus baru-baru ini.


Jabatan Air Sabah dalam kenyataan hari ini memaklumkan, loji itu mula beroperasi semula sekitar 9 malam tadi dengan kapasiti pengeluaran semasa dianggarkan sebanyak 130 juta liter sehari (JLH).


“Ketika ini, usaha sedang giat dilaksanakan bagi menstabilkan dan meningkatkan paras air di Takungan Pengimbang, Kebun Cina.


“Pemulihan bekalan air akan berlaku secara berperingkat mengikut kawasan masing-masing,” menurut kenyataan itu.


Jabatan itu turut merakamkan penghargaan atas kesabaran pengguna sepanjang tempoh gangguan bekalan air berlaku.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page