MA63: Hak Sabah Mesti Dilaksanakan – Generasi Muda UPKO
nabalunews
Sep 13
1 min read
Updated: Sep 14

KOTA KINABALU: Pergerakan Generasi Muda UPKO Malaysia menyambut baik perkembangan hasil Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), khususnya berkaitan penambahan kerusi Parlimen bagi Sabah dan Sarawak serta pembayaran interim RM1.5 bilion kepada Sabah.
Ketua Pergerakan Generasi Muda UPKO Malaysia, Emmanuel Atin berkata perkembangan berkenaan merupakan langkah positif dalam usaha memperkukuh pelaksanaan hak dan kepentingan Sabah berdasarkan kerangka Perlembagaan Persekutuan dan MA63.
Bagaimanapun katanya, perjuangan berkaitan hak Sabah tidak seharusnya terhenti dengan pembayaran interim berkenaan, sebaliknya perlu diteruskan sehingga tuntutan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dilaksanakan sepenuhnya.
“Hak Sabah menerima 40 peratus daripada hasil bersih yang diperoleh Persekutuan daripada Sabah perlu diberikan perhatian serius, selaras dengan Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan serta peruntukan berkaitan dalam Jadual Kesepuluh.
“Pembayaran interim RM1.5 bilion adalah satu perkembangan yang baik, namun ia tidak boleh dianggap sebagai penyelesaian muktamad kepada hak 40 peratus Sabah,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Emmanuel berkata, pelaksanaan hak berkenaan perlu berasaskan peruntukan perlembagaan, selain rundingan antara kerajaan Persekutuan dan Sabah yang menghasilkan penyelesaian jelas, adil dan berkekalan.
Dalam pada itu, Emmanuel menegaskan, generasi muda Sabah mempunyai tanggungjawab untuk memastikan perjuangan berkaitan MA63 terus dipertahankan dan tidak sekadar menjadi warisan kepada generasi akan datang.
“Sebagai generasi muda Sabah, kami bukan sekadar mewarisi perjuangan ini, tetapi mahu melihat hak Sabah direalisasikan.
“MA63 merupakan satu amanah yang perlu dihormati dan dilaksanakan demi kepentingan rakyat serta masa depan Sabah,” katanya.
Pergerakan Generasi Muda UPKO Malaysia turut menegaskan pendirian untuk terus memperjuangkan kepentingan Sabah melalui pendekatan yang progresif, bersatu dan berteraskan prinsip Sabah First.















Stress can influence mzny aspects of everyday health, and the skin may sometimes reflect changes in overall well-being. During stressful periods, some people notice changes such as increased oiliness or breakouts. Managing stress through healthy activities, regular sleep, physical activity, relaxation, and supportive social connections can benefit overall wellness. Skin care should remain simple www.luxskinlasers.com during busy or stressful times. Maintaining basic cleansing, moisturizing, and sun-protection habits can provide consistency without adding unnecessary complexity.
artikel ini memberikan laporan yang jelas tentang perkembangan terkini perbincangan ma63. penekanan pada peranan generasi muda dalam memastikan hak sabah dilaksanakan sepenuhnya adalah satu sudut pandangan yang penting. pembayaran interim memang satu langkah, tetapi perjuangan untuk hak perlembagaan yang sebenar mesti diteruskan. penjelasan mengenai perkara 112c dan 112d membantu memahami asas tuntutan tersebut. Lyrics Into Song