top of page

Madius bidas kenyataan Hadi mengenai rasuah

Wartawan Nabalu News


24 Ogos 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Datuk Wilfred Madius Tangau membidas kenyataan Presiden PAS Datuk Abdul Hadi Awang berkaitan rasuah.


Beliau yang juga Ahli Parlimen Tuaran berkata, rasuah tidak pernah mengenal bentuk rupa seseorang.


“Ini kerana perbuatan rasuah dibuat oleh individu tanpa mengira bangsa dan agama. Faktanya rasuah tidak pandai memilih kaum mahupun agama baru lah terjadinya rasuah.


“Jangan suka-suka membuat kenyataan yang memporak-porandakan keharmonian kaum dan agama di Malaysia.


“Saya sebagai rakyat Malaysia dilahirkan di Sabah yang mempunyai pelbagai kaum dan agama menyelar kenyataan Presiden PAS,” katanya dalam perkongsian melalui Facebooknya.


Madius berkata demikian bagi mengulas kenyataan Presiden PAS baru-baru ini yang mendakwa bahawa golongan bukan Islam dan bukan bumiputera kumpulan majoriti menjadi perosak politik dan ekonomi negara.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page