Belasah Guna Tali Pinggang
- nabalunews
- 7 hours ago
- 1 min read

22 Mei 2025
LAHAD DATU: Dua lelaki warga asing ditahan selepas membelasah seorang lelaki menggunakan tali pinggang hingga cedera di bahagian dahi.
Kedua-dua suspek berusia 31 dan 34 tahun ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu di Kampung Tanah Rata, Kunak, kelmarin.
Timbalan Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Superintendan Jimmy Panyau berkata, kejadian berlaku di Kampung Epil, di sini, pada 3 April lalu.
“Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada kenyataan berunsur gangguan seksual yang dilemparkan suspek terhadap isteri mangsa.
“Mangsa kemudiannya pergi bersemuka dengan suspek bagi menasihatinya, namun diserang dengan tali pinggang hingga cedera di bahagian dahi,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Menurutnya, hasil maklumat dan risikan, kedua-dua suspek berjaya diberkas polis.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata atau lain-lain benda tajam,” jelasnya.
Commentaires