top of page

Madius Sedia Maafkan Mereka yang Memburuk-burukkan Namanya Semasa Kempen

  • nabalunews
  • 10 minutes ago
  • 1 min read

ree

26 November 2025


TAMPARULI: Presiden Kehormat UPKO yang juga calon N.14 Tamparuli, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau sedia memaafkan individu dan pihak tertentu yang memburuk-burukkan namanya sepanjang kempen Pilihan Raya Umum Sabah ke-17.


Menurut Madius, beliau dimaklumkan bahawa terdapat kata-kata tidak berasas dan serangan peribadi yang dilemparkan oleh ‘tukang kempen’ parti lawan dalam ceramah mereka.


“Dakwaan serta tuduhan yang disebarkan itu tidak benar dan hanya bertujuan mengelirukan pengundi.


"Kita di UPKO mengamalkan politik matang dan sama sekali tidak menyerang mana-mana calon lain. Apa pun sedia memaafkan mereka,” katanya.


Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di sini, hari ini.


Madius berkata, beliau yakin rakyat kini sudah matang untuk menilai mana yang betul dan yang salah.


"Oleh itu dalam kempen ini, kita lebih memilih untuk menumpukan kepada agenda perjuangan UPKO "Sabah First" termasuk komitmen mempertahankan hak 40% hasil bersih Sabah serta memastikan pelaksanaan sebenar MA63 demi masa depan Sabah.


“Saya menawarkan kepimpinan yang berprinsip, berintegriti dan bebas rasuah. Fokus saya ialah pembangunan rakyat, bukan melayan serangan peribadi,” jelasnya.


Beliau turut menyeru agar kempen PRU kali ini dijalankan dengan suasana matang, harmoni dan beradab demi menjaga keharmonian masyarakat di Tamparuli dan seluruh Sabah.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page