Mahasiswa mempunyai peranan besar teruskan kepimpinan negara berasaskan pemahaman MA63 - Ewon

1 Oktober 2026
MELAKA: Mahasiswa perlu memahami sejarah pembentukan Malaysia dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) supaya dapat meneruskan kepimpinan negara serta memperjuangkan hak Sabah dan Sarawak, kata Timbalan Ketua Menteri III Sabah, Datuk Ewon Benedick.
Beliau yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah berkata, generasi muda akan mewarisi tanggungjawab menyelesaikan perkara berkaitan MA63 yang masih dalam rundingan antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan Sabah dan Sarawak.
“Belia bukan hanya pemimpin masa hadapan. Mereka ialah pemimpin hari ini yang boleh mengambil bahagian dalam pilihan raya sebagai pengundi mahupun calon.
“Saya berharap PMASS terus menganjurkan forum intelektual seperti ini, dan saya akan terus menyokong usaha mereka. Generasi saya dan generasi adik-adik berbeza, tetapi asasnya tetap sama, iaitu memastikan hak Sabah dipelihara agar generasi seterusnya mewarisi masa depan Malaysia yang lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi ahli panel Simposium Mahasiswa Borneo – Aspirasi MA63 di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), di sini, kelmarin.
Simposium anjuran Persatuan Mahasiswa Anak Sabah dan Sarawak (PMASS) itu turut menampilkan Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Sibuga, Lisa Hassan Alban Sandukong, sebagai ahli panel, dengan pengacara televisyen Syafiqah Ishak sebagai moderator.
Ewon berkata, mahasiswa tidak perlu menunggu sehingga tamat pengajian untuk mengambil tahu tentang masa depan negara kerana golongan muda kini boleh mengambil bahagian dalam pilihan raya sebagai pengundi, malah boleh menawarkan diri sebagai calon sekiranya memenuhi syarat yang ditetapkan.
“Kamu mempunyai suara untuk menentukan siapa yang membentuk kerajaan dan mewakili rakyat di Dewan Rakyat serta Dewan Undangan Negeri. Sebab itu, amat penting bagi golongan mahasiswa memahami perjuangan MA63,” katanya.
Beliau mengajak mahasiswa membaca empat dokumen utama berkaitan pembentukan Malaysia, iaitu Perjanjian Malaysia 1963, Laporan Suruhanjaya Cobbold, Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan dan Akta Malaysia 1963.

Katanya, dokumen tersebut membantu rakyat memahami peranan Sabah dan Sarawak dalam pembentukan Malaysia, selain syarat serta jaminan yang dibincangkan oleh pemimpin ketika itu.
“Pada tahun 1957, yang mencapai kemerdekaan ialah Persekutuan Tanah Melayu. Malaysia dibentuk pada tahun 1963. Kita perlu memahami bagaimana negara ini dibentuk sebelum membincangkan MA63 dan masa depannya,” katanya.
Ewon berkata, daripada 29 perkara yang dibincangkan melalui platform rundingan MA63, sebanyak 13 telah diselesaikan sepenuhnya, manakala selebihnya masih melalui pelbagai peringkat perbincangan.
Menurutnya, MA63 bukan sekadar persoalan sejarah atau perundangan kerana pelaksanaannya mempunyai kaitan langsung dengan kehidupan rakyat, termasuk pembiayaan pendidikan, peluang pekerjaan, pembangunan infrastruktur, bekalan air dan elektrik.
Beliau turut menyentuh tuntutan Sabah terhadap 40 peratus hasil Persekutuan yang diperoleh dari negeri itu, yang menurutnya penting bagi membiayai keperluan pembangunan dan kebajikan rakyat.

“Jika ada yang bertanya apa makna MA63 kepada mereka, lihatlah keperluan biasiswa, jalan raya, air dan elektrik di kampung masing-masing. Semua itu memerlukan sumber kewangan dan keputusan yang memberi kesan kepada kehidupan rakyat,” katanya.
Ewon, yang pernah menuntut di UTeM, turut melahirkan rasa bangga melihat PMASS berkembang daripada persatuan yang menumpukan kebajikan pelajar Sabah dan Sarawak sekitar 2002 hingga 2005 kepada penganjur simposium mengenai sejarah dan masa depan negara.

“Mahasiswa ialah sebahagian daripada kepimpinan hari ini. Bacalah, fahamilah sejarah negara dan ambil bahagian dalam menentukan perjalanan Malaysia untuk tahun-tahun mendatang,” katanya.
Majlis itu disempurnakan oleh Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Dato’ Dr.Mohammad Yusof Apdal.















I really enjoyed reading this content. Thank you for providing such unique and useful information. Your point of view is excellent, and I fully agree with what you've shared. Thanks for sharing your thoughts with us! John Dutton Jacket
The content was truly engaging and informative. I sincerely appreciate you for sharing such valuable insights. You made an excellent point, and I completely agree with your perspective. Thank you for contributing this helpful information. Pokemon Hoodie
Setuju sepenuhnya dengan Datuk Ewon. Ramai yang lupa bahawa MA63 bukan sekadar isu sejarah atau perundangan, tetapi ia berkait langsung dengan nasib rakyat dari segi pendidikan, infrastruktur, dan hasil negeri. Bagus inisiatif PMASS anjurkan forum sebegini. Harapan saya, lebih ramai anak muda akan ambil berat dan membaca dokumen-dokumen utama tersebut sebelum mengundi
Ewon's point that MA63 is not merely history or law but directly shapes scholarships, roads, water and electricity is the most grounded part of this report. It raises a practical question: if 13 of 29 matters are settled and the rest remain under negotiation, how can students meaningfully track that progress rather than only learning the founding documents? Understanding the four core texts matters, but knowing what is still unresolved may be equally important for informed participation.
Further reading: https://slayer2.org/