top of page
  • Wartawan Nabalu News

Majlis keagamaan cetus kluster baharu Kluster Kayul Kuala Penyu



15 Jan 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Satu kluster baharu direkodkan hari ini dikenali sebagai Kluster Kayul - Kuala Penyu melibatkan sebuah majlis keagamaan.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, kes indeks merupakan lelaki tempatan, 62, yang disahkan positif Covid-19 melalui ujian RTK Antigen pada 11 Januari 2022, selepas bergejala demam dan batuk sejak 05 Januari lalu.


“Hasil penelitian, kes indeks pernah mengadakan majlis keagamaan di kediamannya, Kg Kayul dan dihadiri ahli keluarga dari Kg.Kayul, Kg.Kebunau dan Kg.Gerowot.


“Susulan saringan kontak rapat, terdapat pertambahan kes yang terdiri daripada kontak serumah dan kontak sosial yang melibatkan majlis keagamaan tersebut.


“Jumlah kumulatif bagi kluster ini ialah 25 kes termasuk empat kes baharu yang dilaporkan hari ini,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Dari segi jumlah keseluruhan kes baharu hari ini, kes harian kembali meningkat dengan 21 kes lebih tinggi daripada semalam, menjadikan jumlah kes keseluruhan sebanyak 265 kes.


Masidi berkata, Kota Kinabalu mencatat kes baharu tertinggi sebanyak 70 kes, diikuti Papar dengan 23 kes (+7), Ranau 23 kes (-4), Penampang 19 kes (-31), Tuaran 19 kes (-5) dan Kota Belud 18 kes (-1).


Katanya, secara keseluruhan, 10 daerah mencatatkan kes pada dua angka berbanding 11 daerah yang mencatat kes baharu pada satu angka dan enam daerah tidak mencatatkan sebarang kes baharu.


“Daerah Penampang pula merekodkan jumlah penurunan (-31) yang paling besar,” katanya.


Comentarios


bottom of page