top of page

Malaysia berpotensi capai status negara berpendapatan tinggi menjelang 2028

  • nabalunews
  • Oct 8, 2024
  • 1 min read

8 Oktober 2024


KUALA LUMPUR: Malaysia berpotensi mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2028, dengan anggaran nilai ringgit pada 4.54 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan kadar pertumbuhan ekonomi purata sebanyak 4.3 peratus.


Ketua Ahli Ekonomi bagi Malaysia, Dr. Apurva Sanghi, menyatakan bahawa sasaran ini mungkin dapat dicapai setahun lebih awal jika ringgit mengekalkan paras semasa.


“Dalam penilaian kami, prestasi kukuh ini mencerminkan tiga faktor yang telah meningkatkan sentimen pelabur. Yang pertama adalah faktor luaran, terutama pelonggaran dasar monetari di AS dan ekonomi-ekonomi maju lain.


“Meskipun peningkatan ini telah bermula sebelum pelonggaran tersebut, pasaran sentiasa bergerak ke hadapan, menjadikan faktor ini salah satu yang paling penting,” katanya pada taklimat Tinjauan Ekonomi Malaysia bagi Oktober 2024 di sini hari ini.


Selain itu, beliau memaklumkan bahawa pertumbuhan per kapita negara meningkat 12 peratus lebih tinggi berbanding paras prapandemik, yang menunjukkan pencapaian Malaysia mengatasi prestasi kebanyakan negara ASEAN lain.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page