top of page

“Malaysia Day Activity” anjuran KeTCA berjaya tarik penyertaan komuniti

  • nabalunews
  • Sep 20
  • 1 min read

Rafie (tengah) bersama AJK Penganjur merakam gambar kenangan dengan komuniti yang hadir.
Rafie (tengah) bersama AJK Penganjur merakam gambar kenangan dengan komuniti yang hadir.

20 September 2025


KENINGAU: “Malaysia Day Activity” yang diserikan dengan pertandingan sukan rakyat anjuran Komuniti Pelancongan dan Tagal Kampung Rantai, Apin-Apin, dengan kerjasama Persatuan Pelancongan & Kebudayaan Keningau (KeTCA) berjaya menarik penyertaan ramai.


Program yang berjaya menyemarakkan semangat kekitaan dalam kalangan komuniti disempurnakan oleh Pengerusi KeTCA, Rafie Robert.


Rafie dalam ucapannya berkata, penganjuran program seumpama iti bukan saja mampu mengeratkan hubungan silaturahim, tetapi juga memperkukuh semangat perpaduan dan kerjasama antara komuniti dengan persatuan.


“Usaha seperti ini bukan sekadar menghiburkan masyarakat, malah menjadi landasan penting dalam mempromosikan produk pelancongan komuniti di daerah Keningau, seiring dengan hasrat memperkukuh sektor pelancongan berasaskan masyarakat,” katanya.


Pelbagai aktiviti sukan rakyat telah dipertandingkan sepanjang program, yang bukan sahaja memberi peluang kepada masyarakat setempat untuk bersama-sama bergembira, tetapi juga mengekalkan warisan budaya serta tradisi yang menjadi sebahagian daripada identiti rakyat Malaysia.


Pihak penganjur turut merakamkan penghargaan kepada semua peserta, penduduk kampung, serta rakan kerjasama yang telah menjayakan program ini.


Sokongan padu masyarakat menjadi bukti bahawa nilai kebersamaan dan semangat Hari Malaysia terus subur di peringkat akar umbi.


Pada masa sama Rafie berkata, KeTCA menyeru orang ramai agar terus menyokong program pelancongan komuniti di Keningau kerana usaha ini bukan sahaja memberi manfaat ekonomi kepada penduduk tempatan, tetapi juga membantu memelihara budaya, alam sekitar dan identiti masyarakat setempat untuk dinikmati oleh generasi akan datang.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page