top of page

Malaysia Dilantik Presiden UN-Habitat 2025-2027

  • nabalunews
  • 1 day ago
  • 1 min read

31 Mei 2025


PUTRAJAYA: Malaysia secara rasmi dilantik sebagai Presiden Perhimpunan Program Penempatan Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN Habitat) bagi penggal 2025 hingga 2027 serta Ahli Lembaga Eksekutif bagi tempoh 2027-2029.


Kementerian Luar dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan, pelantikan berkenaan dipersetujui sebulat suara oleh 193 negara ahli Perhimpunan UN Habitat di Nairobi, Kenya.


"Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming akan mewakili Malaysia akan mempengerusikan Perhimpunan UN- Habitat sebagai Presiden bagi tempoh dua tahun bermula Jun 2025 hingga Jun 2027.

"Seterusnya, Malaysia akan menyandang salah satu daripada daripada 36 kerusi Lembaga Eksekutif UN-Habitat bagi tempoh dua bermula Jun 2027 hingga Jun 2029" menurut kenyataan itu.


Persidangan UN-Habitat dan Lembaga Eksekutif merupakan mekanisme utama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam menentukan hala tuju dasar pembangunan bandar dan penempatan manusia secara mampan.


Kementerian Luar, katanya, melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia selaku Wakil Tetap ke UN-Habitat di Nairobi, akan terus menjalin kerjasama erat dengan KPKT bagi memastikan tugasan tadbir urus Malaysia di badan dunia itu cemerlang.


Sementara itu, Nga Kor Ming dalam hantaran di Facebook rasminya, menyifatkan pelantikan tersebut sebagai detik bersejarah bagi Malaysia.


"Kejayaan besar ini adalah satu pengiktirafan tertinggi dunia kepada Malaysia. Marilah kita terus berdiri teguh bersama kerajaan Madani yang telah mengharumkan nama negara kita," katanya.

Comentários


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page