top of page

Malaysia sokong penuh penyertaan Timor-Leste dalam ASEAN - Anwar

  • nabalunews
  • Dec 3, 2024
  • 2 min read


ree

3 Disember 2024


PUTRAJAYA : Malaysia menyokong penuh penyertaan Timor-Leste sebagai anggota tetap ASEAN.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia berharap dapat mengalu-alukan penyertaan Timor-Leste sebagai anggota tetap tahun depan apabila memegang jawatan sebagai pengerusi blok serantau itu.


"Kami akan melakukan apa sahaja yang perlu untuk membantu Timor-Leste, supaya proses itu dapat dipermudah dan dipercepatkan lagi," katanya dalam sidang media bersama rakan sejawatannya dari Timor Lester Kay Rala Xanana Gusmão di sini pada Isnin, lapor Sinar Harian.


Gusmão yang memegang jawatan sebagai Perdana Menteri pada Julai tahun lalu, tiba untuk lawatan sulungnya ke Malaysia pada Ahad.


Anwar berkata, sokongan penuh Malaysia terhadap perkara itu turut disampaikan kepada Gusmão, semasa mesyuarat dua hala, yang diadakan pada Isnin.


Timor-Leste sedang menunggu konsensus negara anggota ASEAN untuk diterima sebagai anggota penuh blok serantau itu.


Timor-Leste diiktiraf sebagai negara pemerhati ASEAN dan menyertai Forum Serantau ASEAN pada 2005 sebelum secara rasmi memohon keahlian pada 4 Mac 2011.


Pada 2022 para pemimpin ASEAN berhimpun di Sidang Kemuncak ASEAN ke-40 dan ke-41 serta Sidang Kemuncak Berkaitan di Phnom Penh, Kemboja, dan pada dasarnya bersetuju supaya Timor-Leste menjadi anggota ke-11 blok itu.


Terdahulu Perdana Menteri meraikan Gusmao pada majlis makan tengah hari di Seri Perdana.


Majlis makan tengah hari itu turut dihadiri delegasi Timor-Leste, Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, serta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.


Terdahulu, Anwar dan Xanana Gusmao mengadakan perbincangan dua hala, membincangkan isu serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama.


Antara topik yang dibincangkan termasuk perdagangan dan pelaburan, industri halal, pendidikan, industri halal, pendidikan, pembangunan kapasiti, dan keterhubungan.


Pada 2023, jumlah perdagangan dua hala antara Malaysia dan Timor-Leste berjumlah US$43.7 juta (RM196.7 juta).

Jumlah eksport Malaysia ke Timor-Leste mencatat US$43.3 juta (RM195 juta).


Manakala jumlah import produk Timor-Leste pula berjumlah US$0.4 juta (RM1.7 juta)


Sementara itu Timor-Leste menzahirkan simpati yang mendalam dan solidariti kepada rakyat Malaysia yang terjejas akibat banjir yang teruk, ketika ini.


Gusmão berkata negara tersebut sedia menawarkan bantuan kepada Malaysia dalam usaha menangani bencana alam ini.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page