top of page

MAN Sook akan miliki bangunan sendiri

  • nabalunews
  • Oct 2
  • 2 min read

Ellron menyempurnakan gimik perasmian sambil disaksikan oleh Caroline (kiri) dan Flovia (kanan).
Ellron menyempurnakan gimik perasmian sambil disaksikan oleh Caroline (kiri) dan Flovia (kanan).

2 Oktober 2025


SOOK: Daerah Sook akan memiliki bangunan Mahkamah Anak Negeri (MAN) sendiri apabila bangunan yang akan dibina dalam masa terdekat siap sepenuhnya.


Majlis Pecah Tanah Pembinaan Mahkamah Anak Negeri Daerah Sook itu telah disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin pada Selasa.


Ellron yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sook berkata, pembinaan bangunan MAN ini boleh dianggap sebagai mercu tanda penting bagi masyarakat daerah kerana ia bukan sekadar tempat menjalankan perbicaraan adat, malah menjadi simbol khazanah budaya dan identiti masyarakat di Daerah Sook.

Ellron (keempat dari kiri), Flovia (kelima dari kiri) dan Caroline (ketiga dari kiri) merakamkan kenangan dengan pegawai-pegawai yang hadir.
Ellron (keempat dari kiri), Flovia (kelima dari kiri) dan Caroline (ketiga dari kiri) merakamkan kenangan dengan pegawai-pegawai yang hadir.

Katanya, kewujudan bangunan MAN ini akan memberikan keselesaan serta mewujudkan pentadbiran adat yang lebih teratur dan berwibawa.


“Kalau pada masa ini kita hanya meminjam ruang di Pejabat Daerah Sook, tidak lama lagi kita akan memiliki bangunan sendiri" katanya ketika berucap pada majlis tersebut.


Dengan siapnya bangunan MAN itu nanti katanya, sudah tentu para pemegang adat menjalankan tugas dengan lebih selesa dan sekaligus memudahkan pengurusan dan pentadbiran.


Menurut Ellron, projek ini bukan sahaja menzahirkan keprihatinan kerajaan terhadap masyarakat di Pedalaman, malah ia bakal memudahkan urusan penduduk setempat yang berkaitan dengan adat istiadat.


Pada masa yang sama Ellron menggesa masyarakat terutama pemegang adat memastikan adat istiadat seperti adat perkahwinan dan adat kekeluargaan dapat dipelihara serta dipertahankan agar terus relevan sepanjang zaman.


Bangunan Mahkamah Anak Negeri Sook ini dijangka siap sepenuhnya pada 5 Julai 2027, dengan tempoh pembinaan selama 24 bulan. Projek ini akan dilaksanakan oleh kontraktor Nurain Elektrikal (M) Sdn. Bhd. dibawah pemantauan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah.


Ellron dalam ucapannya turut merakamkan penghargaan kepada pelbagai agensi dan jabatan kerajaan yang terlibat menjayakan projek ini, antaranya Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Hal Ehwal Anak Negeri, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Pejabat Daerah Sook, Agensi yang berkaitan dan pemimpin-pemimpin masyarakat.


Katanya, pembinaan Mahkamah Anak Negeri ini membuktikan daerah Sook tidak ketinggalan dalam arus pembangunan negeri.


“Banyak lagi pembangunan akan dibawa ke daerah ini. Antaranya pembinaan Dewan Terbuka dan Kompleks Sukan Sook yang dijangka dilaksanakan dalam masa terdekat. Ini akan memberi manfaat bukan sahaja kepada masyarakat setempat terutama generasi muda" jelasnya.


Majlis pecah tanah tersebut turut hadiri Pembantu Menteri Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat merangkap ADUN Tulid Datuk Flovia Ng, Pegawai Daerah Sook Puan Caroline Benjamin Jiungan, Jurutera Cawangan Projek Bangunan Puan Ummi binti Ahmat, wakil Jabatan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah Puan Valeria Joseph dan pengamal-pengamal adat sekitar Sook dan Tulid.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page