top of page

Mangsa Hilang Di Kampung Siasai Tamu, Ditemui Meninggal Dunia

  • nabalunews
  • 48 minutes ago
  • 1 min read

14 Januari 2026


KOTA BELUD: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas ke hospital untuk mendapatkan ubat sejak Isnin lalu, di Kampung Siasai Tamu, di sini, ditemui meninggal dunia, petang tadi.


Mangsa yang dikenali sebagai Manang Joh berusia 55 tahun itu, berjaya ditemui pada jam 4.13 petang di Sungai Lebak Engad, kira-kira dua kilometer dari lokasi terakhir dia dilihat penduduk kampung.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud, Elge Bakuk berkata, mangsa yang ditemui tidak sedarkan diri terapung di sungai dibawa ke tebing oleh pasukan operasi.

Katanya, mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.


“Pasukan bomba terus melakukan pemeriksaan akhir bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Terdahulu dalam kejadian Isnin lalu, mangsa dilaporkan keluar dari rumahnya kira-kira jam 6 pagi, dipercayai dengan tujuan ke Hospital Kota Belud untuk mengambil ubat.

Mangsa yang kali terakhir dilihat memakai baju T-shirt berwarna biru turquoise disedari hilang selepas dikatakan tidak pulang ke rumah sehingga ke hari ini.


Mengikut laporan pihak berkuasa, mangsa mempunyai masalah kesihatan mental, sedang mendapat rawatan di Hospital Kota Belud dan memiliki kad OKU.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page