Mantan ADUN Kepayan, Edwin Bosi isytihar sokongan kepada Ewon sebagai MP Penampang
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Mantan ADUN Kepayan, Edwin Bosi isytihar sokongan kepada Ewon sebagai MP Penampang



Dr.Edwin (duduk dua dari kiri) bersama para pemimpin lain yang hadir pada ceramah kempen Ewon, semalam.

14 November 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


PENAMPANG: Mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kepayan Dr Edwin Bosi mengisytiharkan sokongan beliau kepada calon Pakatan Harapan (PH) Penampang menjadi Ahli Parlimen Penampang yang baharu.


Beliau turut menyatakan bahawa politik dua sistem di Malaysia hanya memperlihatkan persaingan di antara PH dan Barisan Nasional (BN).


“Dalam konteks sistem dua parti di Malaysia, saya menyokong PH. Kita juga memerlukan seorang Ahli Parlimen yang berkesan dalam menjalankan amanah terutamanya turun padang berjumpa dengan rakyat.


Sebahagian daripada penduduk kampung yang hadir mendengar ceramah kempen calon Pakatan Harapan Parlimen Penampang, di Dewan Kg Moyog,semalam.

“Itu sebabnya saya hadir memberi sokongan kepada calon PH di Penampang, Ewon Benedick. Saya berharap rakyat Penampang memberi sokongan kepada beliau agar dapat membuktikan perkhidmatan dan kepimpinan beliau untuk rakyat Penampang,” katanya.


Bosi menyatakan demikian di Dewan Kg Moyog semalam semasa program jelajah kempen oleh Ewon bersama dengan penduduk-penduduk di sekitar Mukim Moyog, Penampang.


Turut hadir bersama dalam jelajah tersebut ialah dua orang lagi mantan Wakil Rakyat Penampang, Datuk Philip Lasimbang dan Datuk Donad Mojuntin.

bottom of page