top of page

Maritim Malaysia Tahan Dua Vesel Langgar Syarat Lesen Di Tabawan

  • nabalunews
  • 17 hours ago
  • 2 min read

ree

1 November 2025


LAHAD DATU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya menahan dua vesel pukat secara berasingan di perairan Tabawan, Kunak, semalam.


Kedua-dua vesel berkenaan ditahan sekitar jam 5 petang di kedudukan kira-kira 0.48 batu nautika selatan Kampung Desa Bajau, di sini, selepas didapati melanggar Akta Perikanan 1985.


Pengarah Zon Maritim Lahad Datu, Komander Maritim Dzulfikhar Ali berkata, kedua-dua bot berkenaan ditahan sepasukan anggota bot ronda Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan Op Pluto Timur 2/2023 dan Op Tiris 3.0.

ree

“Hasil pemeriksaan awal mendapati, sebuah vesel pukat keliling dikendalikan seorang warga Filipina berusia 43 tahun bersama hasil tangkapan ikan campur seberat 10 kilogram.


“Manakala, sebuah lagi vesel dikendalikan tiga warga Filipina berusia antara 16 hingga 30 tahun dengan hasil tangkapan kira-kira lapan kilogram,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Menurutnya, semua kru mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah, bagaimanapun, pemeriksaan lanjut mendapati, kedua-dua vesel berkenaan melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985.

ree

“Kedua-dua vessel melanggar syarat lesen iaitu menangkap ikan kurang daripada 1.5 batu nautika dari daratan terdekat.


“Selain itu, kes turut disiasat di bawah Enakmen Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah kerana gagal memaklumkan pertukaran tekong dalam lesen bot.


“ Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pengusaha vesel nelayan yang ingkar syarat lesen, khususnya mereka yang menangkap ikan dalam zon larangan,”katanya

ree

Menurutnya, peraturan jarak itu ditetapkan bagi memelihara ekosistem marin dan memastikan sumber perikanan negara kekal mampan,” katanya.


Katanya, kedua-dua vesel, kru serta hasil tangkapan telah dibawa ke Jeti Zon Maritim Lahad Datu untuk siasatan lanjut.


“Maritim Malaysia menyeru komuniti maritim agar sentiasa mematuhi undang-undang laut dan menyalurkan sebarang maklumat atau aktiviti mencurigakan melalui aplikasi WhatsApp di talian 016-930 5727 atau talian kecemasan 999 untuk maklum balas segera,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page