top of page

Maritim Malaysia tumpas pemindahan haram minyak sawit

  • nabalunews
  • May 3
  • 1 min read

3 Mei 2026


SANDAKAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya merampas kira-kira 10 tan minyak sawit dalam operasi di perairan daerah ini, semalam.


Dalam operasi kira-kira jam 2 pagi itu, semua minyak sawit dirampas dianggarkan bernilai RM2.08 juta yang cuba diseludup menggunakan tongkang dan bot kargo kecil.


Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Muhamad Suhairy Hussain berkata, berdasarkan maklumat awam, pihaknya berjaya mengesan sebuah tongkang dalam keadaan mencurigakan di lokasi berkenaan.


“Pemeriksaan lanjut mendapati aktiviti pemindahan minyak sawit mentah sedang dilakukan ke sebuah bot kargo kecil menggunakan pam kargo.


“Kira-kira tujuh tan minyak telah dipindahkan ke dalam tangki bot, manakala baki tiga tan masih berada dalam barge ketika operasi dijalankan,” katanya.


Menurutnya, beberapa individu turut dikesan cuba melarikan diri sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa, namun berjaya ditahan.


“Seramai lima lelaki berusia antara 29 hingga 48 tahun, termasuk seorang warga Filipina, ditahan bagi membantu siasatan.


“Kedua-dua vesel bersama muatan diiring ke Jeti Zon Maritim Sandakan untuk siasatan lanjut dengan kerjasama Lembaga Minyak Sawit Malaysia,”’katanya.


Sehubungan itu, Muhamad Suhairy berkata, pihak Maritim Malaysia akan terus mempertingkatkan rondaan dari semasa ke semasa bagi mengekang aktiviti penyeludupan.


Selain itu katanya, orang awam juga digesa agar menyalurkan maklumat bagi membanteras aktiviti jenayah di perairan negara.

 
 
 

1 Comment


Lisa Charles
Lisa Charles
Jun 08

Thank you for providing coverage of this important enforcement effort. Reports like this help readers better understand the challenges involved in protecting national resources and maintaining compliance within the maritime sector. The article presents the information clearly and keeps the focus on the broader significance of the operation. The way you explained the topic was very clear and helpful. I recently came across a similar discussion on a review-style blog, including insights shared through https://www.sherwaytrilliumdental.ca/ content, and it offered an interesting perspective as well. Appreciate the informative update.

Like
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page